fbpx

[VIDEO] Soalan peperiksaan didakwa ‘body shaming’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Cikgu Ayu mendakwa soalan periksa dikatakan 'body shaming'.

PETALING JAYA – Satu soalan peperiksaan berkaitan pemakanan tular di media sosial serta dikritik orang ramai apabila mendakwa ia mempunyai unsur ‘body shaming’.

Menerusi hantaran video seorang bekas guru prasekolah dikenali sebagai Cikgu Ayu, selain mengkritik soalan tersebut sebagai ‘body shaming’, dia turut mempersoalkan sama ada ia sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Liza suka makan daging dan tidak suka makan sayur-sayuran. Antara berikut, yang manakah kemungkinan ialah Liza?

“Hei ini ‘body shaming’. Ini soalan KBAT apa ni wei. Ni ‘body shaming’ korang. Tahulah… kita nak belajar tentang piramid makanan, tapi adakah ini soalan KBAT.

“Mohon wei, aku tak faham sistem soalan sekarang. Memang macam ni ke sistem soalan sekarang,” katanya pada video itu yang dimuat naik di TikTok.

Dalam masa sama, Cikgu Ayu memohon supaya kurikulum murid dikaji semula, selain mengembalikan kembali Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Kembalikan juga sistem pertukaran kelas, yang bijak duduk (kelas) di depan dan yang lambat sikit duduk belakang. Ini supaya yang lambat boleh kejar, tapi sekarang bercampur.

“Satu kelas tak sama ‘level’. Bila cepat, akan terus ke depan dan yang lambat terus ke belakang,” ujarnya.

Sementara itu, pelbagai maklum balas diterima berhubung soalan peperiksaan didakwa ‘body shaming’ tersebut.

“Memang betul banyak soalan KBAT sekarang. Tak masuk dek akal. Kita dah tua ni pun jenuh fikir jawapan,” kata seorang pengguna TikTok.

“Entah siapalah buat soalan tu. Makan daging tak gemuk pun, makan karbo dan makanan manis penyumbang utama kegemukan,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@cikguayu_imtecer wei soalan body shaming ni.. kesian liza😂😂😂#shouldbeme ♬ original sound – Cikgu Ayu Empire

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI