fbpx

Shakilla Khoriri mohon netizen henti kecam Fizi Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Shakilla Khoriri memohon setiap pihak menghormati dirinya dan juga bekas suaminya Fizi Ali yang kini sedang berusaha menyelesaikan isu penjagaan anak mereka.

PETALING JAYA – Pelakon Shakilla Khoriri memohon setiap pihak menghormati dirinya dan juga bekas suaminya Fizi Ali yang kini sedang berusaha menyelesaikan isu penjagaan anak mereka.

Selain minta diberi ruang, Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, juga berharap orang ramai tidak meninggalkan penulisan yang boleh menggores hati semua pihak terutama Fizi.

“Saya faham adakalanya emosi tidak menentu dengan semua yang berlaku sekarang ini tetapi saya minta kalian untuk tidak berkata dan menulis perkara kurang baik terhadap sesiapa terutama kepada ayah Ameena Sofia.

“Saya mohon maaf cakap tentang benda ini tetapi sila hormat semua yang sedang berlaku dan saya minta untuk tidak memperbesarkan isu ini kerana biarlah kami bertiga sahaja yang lalui,” katanya dalam sebuah video.

Menerusi video sama, dia menjelaskan permintaannya itu bagi memastikan Ameena membesar dalam persekitaran dan kehidupan yang lebih baik.

“Saya tak mahu Ameena membesar dengan banyak perkara yang tidak baik tentang saya ataupun daddy dia.

“Jadi saya minta jasa kalian semua untuk berhenti menulis (perkara buruk). Tulis sahaja doa dan hal yang baik,” ujarnya.

Pada 22 Januari lalu, proses Sulh berhubung isu hak penjagaan anak antara Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang juga seorang pelakon gagal mencapai kata sepakat.

Malah, permintaan Fizi untuk berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia juga tidak dipersetujui Shakilla.

Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI