fbpx

Saya tak pernah cakap saya orang susah – Derrick Gan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Derrick menerima hadiah motosikal sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

PETALING JAYA – Penyokong Harimau Malaya, Derrick Gan tampil membidas dakwaan yang dilemparkan oleh segelintir netizen selepas kisahnya menjual motosikal untuk menyaksikan Piala Asia tular baru-baru ini.

Derrick, 30, dalam satu hantaran di Facebooknya berkongsi satu tangkap layar memaparkan komen seorang netizen yang mempertikaikan tindakan beberapa pihak menghadiahkan motosikal kepadanya sedangkan dia bukan merupakan orang susah.

Derrick menegaskan dia tidak pernah sama sekali mengakui bahawa dia datang daripada keluarga yang susah malah tidak pernah meminta apa-apa daripada mana-mana pihak.

Tangkap layar komen netizen yang dikongsi di Facebook Derrick.

“Pernah ke saya kata saya orang susah? Adakah saya yang suruh jurukamera rakam saya (ketika perlawanan)? Adakah saya yang minta motosikal tersebut?

“Siapa yang sangka saya akan tular? Sesetengah orang sangat mahu jadi popular atau tular tetapi tidak berjaya, tapi awak fikir saya akan berjaya kalau saya cuba?,” soalnya.

Bagaimanapun Derrick menganggap situasi itu adalah harga yang perlu dibayar selepas meraih populariti secara tidak sengaja.

“Saya terima apa sahaja yang dikatakan kepada saya sama ada positif ataupun negatif,” katanya.

Tambah hantaran itu Derrick memaklumkan dia bersedia menerima mana-mana pihak yang mahu menumpang popularitinya itu tetapi dengan syarat kerjasama yang dibuat mestilah bermanfaat kepada masyarakat.

“Ambil kesempatan ini bukan sahaja untuk promosi jenama, syarikat tetapi untuk bantu orang yang amat memerlukan.

“Kita mungkin boleh bantu orang yang lebih memerlukan daripada saya,” ujarnya.

Selain itu, Derrick berkata, kredit seharusnya diberikan kepada penyokong yang berada di stadium berkenaan terutama sekali Ultras Malaya.

Terdahulu, Derrick sebelum ini tular selepas sanggup menjual motosikalnya untuk membeli tiket penerbangan bagi menyaksikan perlawanan akhir Kumpulan E antara Malaysia menentang Korea Selatan saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Qatar.

Susulan itu, terdapat beberapa pihak yang tampil mahu menghadiahkan motosikal baharu kepadanya termasuk pemain sayap negara, Faisal Halim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI