fbpx

RM800,000 milik pesara lesap angkara sindiket pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Seorang pesara sebuah institusi kewangan di sini lesap wang persaraan sebanyak RM800,000 akibat ditipu sindiket pelaburan dalam talian.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, kejadian berlaku apabila wanita warga emas berusia awal 70-an itu itu tertarik dengan pelaburan ‘Digital Coin’ yang dikendalikan Syarikat Accerx di Hong Kong melalui Facebook pada September tahun lepas.

Katanya mangsa kemudian menekan satu pautan sebelum nombor telefonnya dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp ‘X-4 Beacon Of The Stock Market’ secara automatik.

Menjelas lanjut, beliau berkata selepas itu, mangsa berurusan dengan seorang wanita tidak dikenali yang mengatakan diri sebagai wakil Syarikat Accerx dari Hong Kong.

Katanya, suspek telah memberi penerangan mengenai pelaburan mata wang kripto dan mengatakan mangsa akan memperolehi keuntungan 20 hingga 30 kali ganda apabila harga mata wang kripto melambung pada masa akan datang.

“Setelah beberapa bulan, mangsa bersetuju membeli beberapa ‘coin’ dalam nilai USD secara berperingkat dengan nama dan harga yang berbeza kerana diberitahu nilainya akan meningkat setelah diapungkan.

“Mangsa kemudian melakukan empat transaksi pembayaran berjumlah RM800,000 melalui pemindahan wang secara dalam talian, mesin deposit tunai dan kaunter bank ke dua akaun bank atas nama syarikat tidak dikenali pada penghujung bulan ini atas pelbagai tujuan seperti yuran pengesahan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI