Ribuan ‘Bangsa Johor’ berkumpul menanti lambaian Agong baharu
KULAI – Orang ramai mula berhimpun di pekarangan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini seawal pukul 6 pagi bagi meraikan Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Mereka yang berhimpun terdiri daripada masyarakat pelbagai latar belakang kaum dan juga usia.
Lokasi ini merupakan ‘checkpoint’ ketujuh dalam pergerakan Baginda sebelum berangkat berlepas ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Dalam kesempatan itu, masyarakat Johor beragama Islam turut menunaikan solat subuh berjemaah di masjid berkenaan. – KOSMO! ONLINE