fbpx

Polis hubungi pelancong Australia dakwaan saman RM100 tanpa resit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video dirakam pelancong warga asing yang mendakwa membayar saman RM100 atas kesalahan tidak memakai topi keledar di Langkawi, tahun lalu.

ALOR SETAR – Polis telah menghubungi pasangan pelancong warga asing bagi membantu siasatan dakwaan saman RM100 tanpa resit di Langkawi yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, siasatan berhubung kes tersebut sedang dijalankan Bukit Aman.

Kata beliau, satu rakaman video berdurasi seminit 44 saat memaparkan pasangan warga asing bermotosikal ditahan penguat kuasa disyaki anggota polis di Langkawi viral di TikTok pada kelmarin.

“Pasangan terbabit ditahan atas kesalahan lalu lintas iaitu tidak memakai topi keledar. Dalam rakaman tersebut terdapat audio perbualan antara warga asing dan penguat kuasa yang mana warga asing tersebut ditawarkan untuk membayar saman sebanyak RM100 tanpa resit di tempat ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, ekoran kejadian itu, beliau mengarahkan satu laporan polis dibuat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Usaha mengesan saksi-saksi terlibat sedang dijalankan bagi membantu siasatan dan suspek akan dikenal pasti untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI