fbpx

Penjual sayur enggan terima bantuan beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAYADI enggan menerima bantuan beras daripada pemerintah Indonesia. - Foto Kompas.com

JAKARTA – Seorang penjual sayur di Magetan, wilayah Jawa Timur menolak bantuan beras sebanyak 10 kilogram (kg) dari bulan Januari hingga Jun depan bagi memberi peluang kepada orang lain untuk menerimanya, lapor portal berita Tribun Jabar semalam.

Jayadi, 37, berkata, dia menolak bantuan daripada pemerintah kerana menganggap terdapat orang lain yang lebih susah daripadanya.

Menurutnya, dia sudah menjual sayur-sayuran selama 12 tahun lalu.

Katanya lagi, hasil jualan itu menyebabkan dia mampu membeli dua buah kenderaan untuk urusan perniagaannya.  

Nama Jayadi terdapat dalam senarai 137 warga Kampung Gebyog yang akan menerima beras 10 kg dari Januari hingga Jun depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI