fbpx

Penganggur bunuh lelaki berdepan tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Klang

KLANG – Seorang penganggur berdepan hukuman gantung apabila didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, tahun lalu.

Tertuduh, G. Deeneskumar, 29, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Deeneskumar didakwa telah membunuh S.Surenthiren, 37, di Jalan Hamzah Alang 31, Taman Intan, Kapar antara pukul 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada 10 Januari tahun lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan 12 sebatan sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Jannah Aimi dan tertuduh diwakili Peguam Vinesh Segar.

Sebutan semula kes ditetapkan 14 Februari depan.

Kosmo! pada 10 Januari tahun lalu melaporkan seorang lelaki mati ditetak menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan remaja di Taman Intan, Kapar di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.04 pagi, mangsa berusia 30an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI