fbpx

Mentega Terbang: Pengarah, penerbit dibenar cabar keputusan pengharaman filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah dan penerbit filem, Mentega Terbang dibenar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk mencabar keputusan kerajaan mengharamkan filem kontroversi itu.

KUALA LUMPUR – Pengarah dan penerbit filem, Mentega Terbang dibenar oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk mencabar keputusan kerajaan mengharamkan filem kontroversi itu.

Filem tersebut pada mulanya ditayangkan secara dalam talian dan dikritik ramai pihak kerana memaparkan beberapa babak dianggap bertentangan ajaran dan kepercayaan Islam.

Hakim Datuk Amarjeet Singh membenarkan Mohd. Khairianwar Jailani, 32, (pengarah) dan Tan Meng Kheng, 37, memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan mengharamkan filem itu pada 1 September 2023.

Hakim Amarjeet kemudian menetapkan pengurusan kes pada 14 Februari ini manakala tarikh pendengaran semakan kehakiman akan ditetapkan kemudian.

Terdahulu, Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md. Ali membantah permohonan itu atas alasan perintah larangan terhadap filem tersebut tidak tertakluk di bawah permohonan semakan kehakiman.

Hujah beliau, keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengharamkan filem itu tidak boleh dipertikaikan dari segi undang-undang.

Namun demikian, peguam Zaid Malek yang mewakili kedua-dua berhujah, perintah larangan yang dikeluarkan itu boleh dicabar di mahkamah jika ia wujud keadaan luar biasa.

Dalam permohonan itu, kedua-duanya mendakwa, keputusan kerajaan yang mengharamkan filem itu sebagai tidak rasional kerana melanggar kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka mendakwa, keputusan itu juga menjejaskan pendapatan mereka kerana filem berkenaan tidak boleh ditayangkan atau diedarkan di mana-mana lokasi dalam negara ini.

Dalam permohonan tersebut, Mohd. Khairianwar dan Meng Kheng juga memohon perintah mahkamah untuk membatalkan arahan itu dan mengisytiharkan Akta Penapisan Filem sebagai tidak berperlembagaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI