fbpx

Jahanam sate, tekak orang Malaysia semua nak letak keju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sate dihidangkan bersama keju.

PETALING JAYA – Tindakan sebuah kedai makan dipercayai menjual hidangan sate diletakkan keju mengundang kecaman daripada rakyat Malaysia.

Kritikan dan kecaman tersebut selepas tular video di media sosial memperlihatkan pengguna media sosial menikmati sate yang juga hidangan popular masyarakat Malaysia, namun disajikan dengan cheese berbanding kuah kacang.

Malah, ada yang melahirkan kebimbangan sekiranya pelbagai lagi hidangan tradisi popular rakyat negara ini turut diletakkan keju.

“Aku pelik betul tengok tekak orang kita ni. Habis semua makanan nak ‘dicheesekan’. Kenapa eh sebenarnya. Kalau letak cheese tu automatik jadi Mat Salleh ke macam mana. Sayang la sikit badan tu, semua nak telan,” komen Are Larm.

“Bajet terinovasi, sudahnya bukan keju betul yang guna (keju asli),” kata Adib Anuar.

“Nasib aku tak jumpa lagi nasi lemak ‘cheese’. Kalau ada info kedai mana jual, aku nak ‘santet’ tuan kedai tu,” seloroh Mohd. Aznin Fazli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI