fbpx

Hati mulia, prihatin kepada rakyat di sebalik wajah serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim dikenali sebagai figura berhati mulia dan sentiasa mendahulukan kepentingan kebajikan rakyat jelata.

JOHOR BAHRU – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar seorang raja yang prihatin serta berhati mulia terhadap rakyatnya walaupun mempunyai raut wajah yang garang dan serius.

Pegawai peribadi baginda, Datuk R. Sugumaran berkata, keprihatinan baginda terhadap rakyat Johor terserlah menerusi program Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang diadakan saban tahun.

Dilantik sebagai aide de camp (ADC) sejak 2003, Sugumaran berkata, segala jentera kerajaan digerakkan untuk melakukan persiapan KMJ bagi menyantuni rakyat serta membantu keluarga miskin di setiap daerah.

“Tuanku amat prihatin dan cepat tersentuh melihat rakyat yang susah. Bila Tuanku lihat orang miskin, daif, cacat dan sebagainya, Tuanku akan kata, ‘kasihan, Sugu kita akan bagi bantuan kepada mereka’.

“Sepanjang konvoi, jika ada pemandu yang ‘berkampung’ me­nunggu pelanggan, baginda akan berhenti dan beri bantuan kewangan. Begitu juga jika berhenti makan, semua pelanggan akan dibelanja dan pengusaha kedai dapat bonus berganda,” katanya.

Sehubungan itu menurut Su­gumaran, Malaysia bertuah mempunyai raja yang berjiwa rakyat dan mahu berikan yang terbaik buat mereka.

Tambahnya, Sultan Ibrahim menekankan kesempurnaan dalam semua perkara dari hal urusan kerajaan hingga ke isu rakyat dengan motto kepenti­ngan awam mesti melebihi kepentingan peribadi.

“Saya teruja apabila baginda menjadi Agong. Tuanku sedia maklum bahawa harapan rakyat amat tinggi dan ia menjadi tugas berat, namun saya yakin baginda akan menjadi raja yang disanju­ngi serta diingati,” katanya.

Sugumaran turut berkongi kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila menaiki kereta mewah jenis Bentley yang dipandu sendiri oleh Tuanku dari Johor ke Shah Alam, Selangor bagi menghadiri Istiadat

Pertabalan Sultan Selangor pada 2003.

“Tuanku juga suka scuba di­ving. Lokasi yang menjadi pilihan Tuanku adalah di Pulau Tinggi, Pulau Aur, Pulau Pemanggil dan Pulau Rawa di Mersing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI