fbpx

EPL: Liverpool turun skuad sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAC ALLISTER dijangka kembali memperkuatkan Liverpool menjelang perlawanan menentang Chelsea di Anfield awal pagi esok selepas sekian lama diketepikan akibat kecederaan. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengharapkan seorang lagi pemain tonggaknya mampu untuk kembali memperkuatkan pasukan itu menjelang aksi menentang Chelsea di Anfield pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi esok.

Ketika berjaya meraih kemenangan ke atas Norwich City pada aksi Piala FA sebelum ini, Klopp berjaya mendapatkan khidmat tiga pemain utamanya, Trent Alexander-Arnold, Andy Robertson dan Dominik Szoboszlai.

Kehadiran ketiga-tiga pemain berkenaan berjaya menyelesaikan masalah Klopp terutama di bahagian pertahanan apabila beliau mempunyai lebih banyak pilihan selain Szoboszlai mampu menambah kreativiti di bahagian tengah.

Bagaimanapun, Klopp mengharapkan kehadiran Alexis Mac Allister menjelang aksi menentang Chelsea kali ini ketika mengesahkan bahawa proses pemulihan pemain itu semakin sampai ke penghujung dan semakin cergas.

“Kami tidak menurunkannya ketika aksi menentang Norwich bagi memastikan dia benar-benar pulih. Saya fikir dia akan sedia untuk beraksi pada perlawanan menentang Chelsea nanti,” kata Klopp.

“Saya gembira melihat tiga lagi pemain sudah kembali memperkuatkan pasukan. Trent, Robbo dan Dom kembali bersama pasukan ini ketika kami benar-benar memerlukan khidmat mereka untuk berdepan separuh kedua musim ini.

“Robbo terpaksa diketepikan untuk tempoh yang agak lama dan sangat penting untuk dia kembali mendapatkan minit permainan dan tahap kecergasan terbaik dalam perlawanan,” katanya.

Perlawanan menentang Chelsea menjadi aksi pertama saingan EPL selepas Klopp mengumumkan pengunduran dirinya sebagai pengendali Liverpool sebaik musim ini berakhir.

Menjelang aksi yang berlangsung di laman sendiri, Klopp menyeru para penyokong untuk membanjiri Anfield dan memberikan sokongan bagi memastikan The Reds berjaya meraih tiga mata penuh.

Kemenangan tersebut sangat penting buat pasukan tersebut untuk memastikan mereka kekal menerajui takhta liga selain ia boleh dianggap sebagai aksi pemanas badan sebelum pertemuan final Piala Liga Inggeris menentang Chelsea di Wembley hujung bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI