fbpx

EPL: Haaland dijangka kembali mengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND kembali menjalani latihan bersama skuad utama selepas tersisih lama kerana masalah kecederaan. – MAN. CITY

LONDON – Peminat Manchester City boleh menarik nafas lega selepas penyerang berbisa, Erling Haaland dilaporkan sudah cergas sepenuh­nya dan boleh diturunkan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Burnley di Stadium Etihad awal pagi esok.

Pemain antarabangsa Norway itu diketepikan hampir dua bulan akibat kecederaan kaki dan tidak beraksi sejak The Citizens tewas 0-1 kepada Aston Villa pada awal Disember tahun lalu.

Pengurus City, Pep Guardiola mengakui, anak buahnya itu mungkin akan diturunkan sekurang-kurangnya sebagai pemain gantian menentang Burnley kerana mereka tidak mahu mengambil langkah tergesa-gesa.

“Kebiasaannya, kecederaan yang dialami Haaland memerlukan masa enam hingga lapan minggu untuk pulih. Sekarang kecederaan itu sudah pulih, jadi dia perlukan masa untuk dapatkan semula rentak permainan.

“Dia juga sudah tidak rasa ­sakit dan itu adalah petanda cukup baik untuk kami. Saya harap dapat memberikan dia minit ­permainan ketika berdepan Burnley nanti, tetapi kita tunggu dan lihat dahulu,” katanya.

Sementara itu, beliau juga percaya kapten pasukan, Kevin De Bruyne sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi 90 minit dan mungkin bakal memulakan permainan ketika melayan ­kunjungan Burnley.

“Dia memang sudah bersedia, tetapi kami masih lagi berjaga-­jaga dengan keadaan fizikalnya. Dia berlatih dengan baik sepanjang kami berada di Abu Dhabi, jadi ia perkembangan yang positif,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI