fbpx

Ejen ais batu, penyelia kilang disyaki rasuah penguatkuasa JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki direman tujuh hari kerana disyaki menawar dan memberikan wang rasuah berjumlah sekitar RM500 kepada penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan. FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Dua lelaki yang bekerja sebagai ejen ais batu dan penyelia kilang ais direman tujuh hari kerana disyaki menawar dan memberikan wang rasuah berjumlah sekitar RM500 kepada penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri ini.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret, Fairuz Syuhada Amran selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainab Yahya di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.

Kedua-dua suspek yang direman bermula hari ini hingga 6 Februari ini bagaimanapun tidak diwakili peguam.

Suspek lelaki yang berusia sekitar 40-an dan 20-an itu telah ditahan semalam kira-kira pukul 5.30 petang dan 8.50 malam ketika hadir di Pejabat SPRM Cawangan Port Dickson.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, dua suspek itu melakukan kesalahan tersebut bagi mengelakkan pemandu lori kilang aisnya yang telah ditahan oleh pegawai JPJ daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atas kesalahan tiada lesen memandu (CDL), tiada lesen vokasional (GDL) dan LKM tamat tempoh.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI