fbpx

Durian Thailand semakin laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG peniaga membelah buah durian di Bangkok. - Foto AFP

BANGKOK – Eksport durian Thai ke China melonjak 81.7 peratus kepada 90 bilion baht (RM12.04 bilion) pada tahun lalu, demikian menurut Jabatan Perdagangan Luar Thailand seperti laporan portal berita The Nation semalam.

Penghantaran ‘raja buah’ ke China menyumbang 70 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan durian Thailand pada 2023.

Lonjakan itu antara lain, didorong oleh populariti durian yang semakin meningkat di China selain kelonggaran sekatan import.

Ia juga disebabkan oleh kesediaan pengguna China membayar harga premium untuk buah durian Thailand yang terkenal berkualiti tinggi.

Permintaan kukuh untuk durian Thailand dijangka berterusan di China, yang merupakan pasaran durian terbesar dunia.

Thailand juga merupakan pengeksport durian terbesar di dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI