fbpx

Bank Rakyat umum jutawan pertama akaun Pelaburan-i Rizq Plus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemangku Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak (kiri), menyampaikan hadiah utama kepada wakil Azrin Mohd Azmi pada Majlis Penyampaian Hadiah Utama Kempen Akaun Pelaburan-i Rizq Plus, di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat hari ini mengumumkan pemenang cabutan hadiah utama Akaun Pelaburan-i Rizq Plus Bank Rakyat yang membawa pulang RM1 juta.

Pemenang tersebut, Azrin Mohd. Azmi, 60, berkata, kemenangan tersebut sememangbya merupakan satu rahmat yang tidak dijangka.

“Saya melabur dalam akaun Pelaburan-i Rizq Plus ini kerana saya tertarik dengan terma yang fleksibel dan potensi keuntungannya yang saya rasa antara yang terbaik di pasaran.

“Tetapi, tidak pernah terlintas pun di kepala saya yang saya akan memenangi hadiah sebesar ini.

“Jadi, terima kasih kepada Bank Rakyat dan yang pastinya saya akan terus melabur di dalam akaun ini di masa hadapan,” katanya dalam sebuah rakaman video yang ditayangkan pada Majlis Penyampaian Hadiah Utama Kempen Akaun Pelaburan-i Rizq Plus di Menara Kembar Bank Rakyat di sini hari ini.

Selain itu, Bank Rakyat turut meraikan pemenang Cabutan Hadiah Utama bagi Januari 2024 yang lain, dengan tempat kedua dimenangi oleh Datuk Amirul Rahman Abdul Rahim yang membawa pulang hadiah emas seberat 500 gram.

Selain itu, pemenang tempat ketiga pula dimenangi oleh Rohaya Mohamad yang menerima peratusan keuntungan dividen saham yang diisytiharkan selama lima tahun (berdasarkan nilai saham berjumlah RM100,00) serta hadiah wang tunai RM10,000 bagi tahun pertama.

Sementara itu, bagi tempat keempat pula menyaksikan Mohamad Faiz Ibrahim dari Sabah yang menerima peratusan keuntungan dividen saham yang diisytiharkan selama lima tahun (berdasarkan nilai saham berjumlah RM50,000) beserta hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 (bagi tahun pertama).

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, pengumuman tersebut mengakhiri pencarian jutawan pertama produk akaun pelaburan sulung Bank Rakyat yang diperkenalkan pada Julai 2022.

Katanya, pelaburan tersebut diperkenalkan khusus untuk menyediakan pilihan pelaburan patuh Syariah yang mana kini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan masyarakat.

“Ini antara langkah kita untuk mempelbagaikan produk-produk yang ada di Bank Rakyat. Di masa hadapan, Insya-Allah ada kepelbagaian lagi produk dari segi pelaburan dan simpanan atau lebih berasaskan aset.

“Bagi Pelaburan-i Rizq, sehingga kini setakat Disember 2023 kita sudah ada sebanyak 35,000 akaun yang berjumlah sebanyak RM202 juta. Untuk tahun ini kita sasarkan lagi RM100 juta pelaburan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI