fbpx

Armand Maulana pernah curang – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARMAND bersama isterinya, Dewi Gita.

SIAPA sangka usia perkahwinan penyanyi Armand Maulana dan isterinya, Dewi Gita sudah memasuki tahun ke-30 pada 11 Januari lalu.

Akui pasangan terbabit, sepanjang tempoh itu mereka juga sama seperti suami isteri lain yang berhadapan pelbagai ujian.

Bahkan dalam wawancara dalam sebuah podcast, wanita berusia 53 tahun itu mendedahkan suaminya pernah curang.

Lebih selesa tidak memperincikan peristiwa tersebut selain hanya berkongsi cerita agar dijadikan ikhtibar, pendedahan Dewi Gita meraih kecaman.

Rata-rata peminat menyalahkan penyanyi itu kerana menyifatkan sengaja mendedahkan aib suami sendiri selepas bertahun-tahun peristiwa itu berlaku.

Pada masa sama, ada yang bertanya reaksi vokalis Gigi itu memandangkan kisah hitamnya yang dijadikan modal bualan ramai.

Begitupun, Dewi yang juga ibu kepada seorang anak mengakui suaminya merajuk beberapa hari selepas podcast tersebut disiarkan, tetapi kemudian ‘sejuk’ selepas dipujuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI