fbpx

AFCON: Ivory Coast mula pamer belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Ivory Coast meraikan kejayaan ke suku akhir selepas menewaskan Senegal 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti. – AFP

YAMOUSSOUKRO – Ivory Coast menghadiahkan sesuatu yang amat bermakna buat seluruh rakyat negara itu apabila berjaya melangkah ke suku akhir pada saingan Piala Negara-Negara ­Afrika (AFCON) 2023.

Skuad The Elephants memastikan tempat ke pusingan lapan pasukan terbaik apabila menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas juara bertahan, Senegal pada pusingan 16 di Stadium Charles Konan Banny awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Senegal membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Habib Diallo sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Franck Kessie pada minit ke-86 bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.

“Kami tidak bermula dengan baik pada perlawanan hari ini (semalam). Selepas Senegal menjaringkan gol, kami menunjukkan respons yang baik dengan ­menguasai permainan selain bermain sebagai satu pasukan.

“Bagaimana cara kami layak tidak penting. Apa yang paling penting adalah kami sudah layak ke suku akhir, ini adalah pencapaian bermakna untuk saya dan seluruh rakyat Ivory Coast,” kata pemain tengah, Jean-Michael Seri.

Sementara itu, penyerang sensasi The Elephants, Sebastian Haller tidak dapat menyembunyikan pe­rasaannya apabila membantu pasukan layak ke suku akhir memandangkan mereka tidak bermula baik pada awal saingan.

“Kelayakan ini sesuatu yang sangat emosi untuk saya kerana kami berdepan tempoh cukup sukar sebelum ini. Sekarang kami layak ke pusingan seterusnya, jadi kami perlu lupakan aksi peringkat kumpulan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI