fbpx

Sarjan didakwa makan suap RM3,000 kes cabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Shah ALam.

SHAH ALAM – Seorang sarjan polis wanita didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,000 berhubung siasatan kes cabul, dua tahun lalu.

Tertuduh, Nur Mastisha Maidinsha, 39 bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Nur Mastisha yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dituduh menerima suapan sebanyak RM3,000 daripada seorang lelaki.

Ini sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anak lelaki tersebut bagi kesalahan mencabul yang merupakan kesalahan dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah stesen minyak di Cheras pada pukul 8.05 malam, 12 Oktober 2022.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atiqah Mohamad Alias memohon mahkamah menggunapakai jaminan RM2,000 dan melaporkan diri ke pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan yang telah dikenakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Pendakwaan turut memohon agar kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

Nur Mastisha yang tidak diwakili peguam tidak membantah perkara berkenaan.

Mahkamah membenarkan kesemua permohonan pihak pendakwaan dengan sebutan semula kes pada 17 Mac depan.

Media semalam melaporkan, polis wanita itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersetuju bagi menerima suapan RM3,000 daripada lelaki sama sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI