fbpx

Piala Asia: Tajikistan teruskan ‘kisah dongeng’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Tajikistan meraikan kejayaan menewaskan UAE menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Asia 2023. – AFP

DOHA – Pengendali Tajikistan, Petar Segrt mahu anak-anak buahnya terus mengintai pencapaian lebih baik selepas mencipta kejutan mara ke suku akhir Piala Asia 2023 dengan menyingkirkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Ahmad bin Ali awal pagi semalam.

The Crowns mengesahkan slot ke pusingan lapan pasukan terbaik apabila menang 5-3 pada penentuan sepakan penalti selepas aksi sebenar yang berlarutan 120 minit berakhir 1-1.

Segrt menggelar pasukannya sebagai ‘kuda hitam’ dan menjelaskan tiada seorang pun mampu meramal sejauh mana Tajikistan mampu mara pada penyertaan sulung mereka di Piala Asia.

“Saya tidak meletakkan sebarang had kepada pemain ke­rana setiap perlawanan mereka sentiasa menghadirkan kejutan kepada saya. Impian saya adalah untuk mara ke pusingan ­seterusnya.

“Saya fikir seluruh Tajikistan pada hari ini (semalam) tidak ­tidur kerana meraikan detik bersejarah ini,” katanya.

Tajikistan membuktikan mereka benar-benar bersedia untuk mencipta kejutan apabila membuka jaringan menerusi Vakhdat Khanonov, namun UAE kembali menghidupkan peluang selepas meraih gol penyamaan melalui Khalifa Al-Hammadi pada masa kecederaan babak kedua.

Selepas diheret ke masa tambahan, penjaga gol Tajikistan, Rustam Yatimov menyelamatkan sepakan penalti Caio Canedo, sekali gus menafikan hasrat UAE untuk mara ke separuh akhir buat kali ketiga berturut-turut.

“Inilah watak sebenar pemain, jurulatih dan negara ini dan inilah juga yang dipanggil semangat melawan,” kata Segrt merujuk kepada reaksi para pemainnya selepas UAE memperoleh gol penyamaan di hujung permainan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI