fbpx

Paras empangan Air Itam turun mendadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapasiti efektif Empangan Air Itam di Pulau Pinang merekodkan penyusutan sehingga paras 37.7 peratus, sehingga petang ini.

GEORGE TOWN – Penurunan kapasiti efektif Empangan Air Itam yang merekodkan penyusutan sehingga paras 37.7 peratus adalah berpunca daripada musim panas dan kering, ketika ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir K. Pathmanathan berkata, penyusutan juga berlaku disebabkan air dari empangan itu turut digunakan untuk menampung keperluan pengguna di bahagian pulau selepas paip bawah air di dasar Sungai Perai pecah, awal bulan ini.

”Penyusutan air di empangan Air Itam adalah disebabkan musim kering dan penggunaan air tinggi, namun penyusutannya agak mendadak. Ini kerana empangan Air Itam ini kita gunakan airnya untuk tampung bekalan di sebelah pulau selepas kejadian Sungai Perai,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Setakat pukul 5 petang tadi, paras air empangan Air Itam menurun sehingga 37.7 peratus, berbanding empangan Teluk Bahang yang mencatat paras 88.1 peratus manakala empangan Mengkuang pula berada pada paras 90.1 peratus.

Menurut Pathmanathan, PBAPP akan memuktamadkan langkah yang bakal diambil untuk meningkatkan kapasiti air di empangan Air Itam selepas pelan B iaitu kerja-kerja pemasangan paip merentasi Sungai Perai dapat disempurnakan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI