fbpx

Piala Asia: Muhammad Nazmi adili aksi Thailand bertemu Uzbekistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nazmi (tiga dari kiri) terus diberi kepercayaan untuk mengadili perlawanan di pentas tertinggi bola sepak Asia kali ini. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Pengadil elit tempatan, Muhammad Nazmi Nasaruddin terus diberikan kepercayaan untuk meraih pengalaman berharga apabila menjadi pengadil aksi pusingan 16 terbaik melibatkan Uzbekistan menentang Thailand di Stadium Al Janoub sebentar tadi.

Turut membantu Muhammad Nazmi adalah dua penolong pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid selaku penjaga garisan.

Ia merupakan perlawanan kedua buat trio pengadil negara itu selepas mereka turut dipilih untuk mengadili perlawanan Kumpulan D, Iraq lwn Vietnam pada 24 Januari lalu.

Pada perlawanan sebentar tadi, skuad Uzbekistan mara ke pentas suku akhir selepas menewaskan Thailand 2-1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI