fbpx

Madani didakwa kali ke-6 salah guna dana RM1.63 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Madani ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii) didakwa buat kali keenam di Mahkamah Sesyen hari ini atas 17 pertuduhan salah guna dana syarikat itu berjumlah RM1.63 juta, antara 2020 hingga 2021.

Tertuduh, Datuk Mohamad Madani Sahari, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Mengikut semua pertuduhan, Mohamad Madani didakwa secara tidak jujur telah menyalahgunakan dana milik MARii berjumlah keseluruhan RM1.63 juta melalui Cek LPS Learning Platform iaitu membuat bayaran rawatan stemcell 500,000 di VHG Wellness.

Perbuatan itu dilakukan cawangan bank di Seksyen 20 di sini antara 13 Julai 2020 hingga 26 April 2021.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dipenjara sehingga lima tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How memohon menggunapakai jaminan sebanyak RM300,000 bersama seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah seperti yang dikenakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

“Kami juga memohon kes ini dipindahkan untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Jenayah 8 di Kuala Lumpur,” katanya.

Peguam Rahmat Mohamed Hazlan dan Wan Aizuddin Wan Mohammed mewakili tertuduh tidak membuat bantahan mengenainya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 29 Februari depan.

Berdasarkan rekod, Mohamad Madani sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta Mahkamah Sesyen Alor Setar membabitkan kes rasuah, pengubahan wang aktiviti haram dan penipuan melibatkan kontrak antara 14 April tahun lalu sehingga semalam. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI