fbpx

Jong-hyun senjata peledak baharu TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONG-HYUN (kanan) bukan nama asing dalam arena hoki tanah air kerana dia sering meraih anugerah penjaring terbanyak bersama THT sebelum ini.

TONGGAK berpengalaman Korea Selatan, Jang Jong-hyun sah kembali mewarnai saingan musim baharu Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 yang akan membuka tirainya bermula 1 Februari hingga 9 Mac depan.

Jong-hyun bukan asing lagi buat para peminat hoki tanah air kerana dia sentiasa menjadi nama tetap dalam skuad Pasukan Hoki Terengganu (THT) setiap kali kuota import dibenarkan beraksi dalam MHL.

Menariknya kali ini, bintang Piala Dunia 2023 itu menyarung jersi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kini telah menyertai beberapa sesi latihan bersama rakan sepasukannya baharu.

Ia pastinya satu kejutan kerana TNB selama ini mempertaruhkan 100 peratus khidmat pemain ­tempatan bersaing dengan gergasi-gergasi se­perti THT dan Maybank.

Namun, secara tidak langsung ia meletakkan TNB sebagai calon pilihan untuk me­rampas kejuaraan liga dan Piala TNB yang dimenangi oleh THT musim lalu.

Apa tidaknya, TNB akan memiliki dua ‘mesin peledak’ melalui Jong-hyun menerusi 29 gol ketika mewakili THT musim lalu dan penyerang skuad hoki kebangsaan, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal yang muncul penjaring terbanyak MHL 2023 dengan 40 gol.

Selain TNB, THT juga dikatakan mendapatkan khidmat dua tonggak Korea Selatan, Jung Manjae dan Yang Jihun, manakala satu lagi pasukan pilihan, Maybank kekal menggunakan 100 peratus pemain tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI