fbpx

Inspektor direman kes perkosa gadis dalam IPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor dibawa ke Mahkamah Majistret Tumpat hari ini untuk prosiding reman.

KOTA BHARU – Seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor direman tujuh hari selepas disyaki merogol seorang gadis yang dipanggil sebagai saksi bagi satu kes melibatkan pemerasan di pejabatnya di IPD Tumpat di sini kelmarin.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga Isnin depan terhadap pegawai polis berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini.

Tahanan reman itu bagi membolehkan pegawai polis tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Semasa prosiding reman berlangsung, peguam yang mewakili pegawai polis itu, Mohd. Firdaus Zainal Abidin membantah permohonan tahanan reman terhadap anak guamnya.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan inspektor itu direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI