fbpx

Indeks Persepsi Rasuah 2023, Malaysia naik ke tangga 57

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Malaysia berjaya memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 apabila mencatatkan kenaikan sebanyak empat tangga iaitu daripada 61 ke 57 menerusi 180 negara yang dinilai.

Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas CPI 2023 diumumkan oleh Transparency International – Malaysia (TI-Malaysia) hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, Malaysia juga berjaya memperbaiki skornya daripada 47 ke 50 dengan menyaksikan peningkatan tiga mata setelah penurunan berturut-turut semenjak 2019.

“Menurut TI-Malaysia, antara sebab-sebab yang menyumbang kepada peningkatan skor itu adalah kerana siasatan, tangkapan serta sabitan kes-kes berprofil tinggi SPRM sepanjang tempoh dua tahun lalu.

“SPRM komited dan bertekad meneruskan usaha pencegahan dan operasi bagi menghapuskan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam bidang kuasanya sebagai agensi penguat kuasa tunggal yang diamanahkan untuk membasmi rasuah di Malaysia,” katanya tadi.

Sehubungan itu, SPRM menyeru semua pihak agar meneruskan kerjasama serta memainkan peranan masing-masing selain mempunyai iltizam politik untuk menambahbaik strategi pencegahan dan pengurusan tata kelola baik.

Katanya, ia demi mencapai hasrat kerajaan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-25 dalam pengukuran CPI menjelang 2033. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI