fbpx

Hujan berterusan di Sarawak, Sabah hingga Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kawasan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dijangka menjadi penumpuan angin yang bakal membawa hujan berterusan sehingga Sabtu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melalui satu kenyataan berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin tersebut dijangka berlaku di Malaysia Timur sehingga 3 Februari 2024.

Keadaan tersebut jelasnya boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Sarawak dan Sabah.

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan untuk Sarawak berkuat kuasa sehingga 31 Januari 2024, manakala Sabah pula berkuat kuasa dari 1 hingga 2 Februari 2024.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” kata kenyataan tersebut hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI