fbpx

Gadis dakwa diperkosa Inspektor ketika beri keterangan kes gambar lucah rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) pada sidang akhbar selepas Istiadat Penganugerahan PJPN Kontinjen Kelantan 2024 di IPD Pasir Mas, hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

PASIR MAS – Gadis yang merupakan peniaga dalam talian menjual produk kosmetik mendakwa dirogol seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor semasa hadir memberi keterangan sebagai saksi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat Kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa yang berusia 23 tahun itu hadir ke IPD Tumpat untuk membantu siasatan kes pemerasan melibatkan gambar lucah rakannya kira-kira pukul 7 malam.

“Inspektor itu memanggil mangsa ke IPD Tumpat bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan gambar lucah rakannya. Gadis itu juga dipercayai merupakan saksi dalam kes tersebut.

“Bukti-bukti yang ada di lokasi kejadian sudah diambil untuk dihantar ke Unit Forensik,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Kelantan 2024 di IPD Pasir Mas, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, sehubungan itu, polis Kelantan sedang menjalankan siasatan telus berhubung kes tersebut dan tidak akan melindungi anggota atau pegawai yang melakukan kesalahan.

“Siasatan yang dijalankan bukan sahaja menjurus kepada kes rogol seperti yang didakwa oleh mangsa, tetapi ia turut melibatkan tindakan tatatertib. Sekiranya ada bukti-bukti, pegawai akan yang terlibat akan dikenalan tindakan,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor direman tujuh hari selepas disyaki merogol seorang gadis yang dipanggil sebagai saksi bagi kes pemerasan di pejabatnya di IPD Tumpat di sini kelmarin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI