fbpx

[VIDEO] Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh dan pencipta kandungan dari Korea, Tara Choi mengakui durian yang berasal dari Malaysia lebih sedap berbanding durian di Thailand.

Pengakuan itu dibuat selepas dia telah membeli durian di Thailand dan merasai sendiri isi buah durian jenis ‘Monthong’ sebelum memuat naik komennya di aplikasi TikTok.

Jelasnya, durian dari Thailand isinya tawar, kurang bau, keras walaupun saiznya lebih besar berbanding durian Malaysia.

“Baunya lebih lemah, nampak lebih kering. Orang Malaysia cakap durian Thai tak sedap, jadi saya nak cuba.

“Tak sedap durian ini, Thai durian ‘so’ lemah. Bau pun kurang, rasa pun kurang dan warna pun kurang.

“Saiz sahaja besar, rasa tak ada. Durian Malaysia lagi sedap,”luahnya dalam sebuah klip video di TikTok.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna sosial meninggalkan pelbagai komen termasuklah mereka yang berkongsi kenapa durian Thailand mempunyai rasa yang kurang enak berbanding durian dari Malaysia.

“Durian Thailand dia petik dari pokok, kalau kat Malaysia kita panggil durian mengkal, tak cukup masak,”kata @me5zull.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @caramel macchiato.

“Dulu belakang rumah mak ada pokok durian jenis ini. Memang kena petik tak boleh tunggu gugur, kalau gugur kulitnya lembik dan isinya hancur macam durian lama,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI