fbpx

Bidaan siri nombor pendaftaran GOLD khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke pada sidang akhbar penawaran nombor pendaftaran istimewa siri GOLD sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-50 di Kementerian Pengankutan, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Tauke kedai emas dan peminat barangan kemas kini boleh berkira-kira bagi mendapatkan nombor pendaftaran istimewa (NPI) iaitu siri GOLD yang ditawarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Siri nombor pendaftaran GOLD itu akan mula dibuka secara bidaan menerusi Sistem JPJeBid bermula 1 hingga 5 Februari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, siri nombor pendaftaran itu ditawarkan sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 yang bakal disambut Khamis ini.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap hasil kutipan jualan nombor pendaftaran GOLD itu dapat melepasi rekod RM35 juta yang diraih menerusi siri FF sebelum ini.

“Saya rasa semua orang nak gold (emas), jadi ini adalah nombor khasnya. Selain GOLD 1 dan sebagainya, saya difahamkan kombinasi GOLD 999 (emas bar) dan GOLD 916 juga bakal jadi tumpuan.

“Saya menyeru kepada pemilik kedai emas juga boleh bida sebagai strategi pemasaran mereka. Sekarang ini juga musim perayaan Tahun Baharu Cina dan masyarakat Cina juga suka beli emas.

“Pada masa sama, kita juga nak harapkan tahun ini Sukan Olimpik tahun ini kita (Malaysia) dapat gold (emas). Macam-macam intepretasi kita boleh buat (dengan kombinasi GOLD),” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI