fbpx

Bekas Pengerusi Felda Selancar 3 didakwa palsu cek RM34,450

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAAD mengaku bersalah atas 15 pertuduhan memalsukan cek milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3, bernilai RM 34,450, lima tahun lalu di Mahkamah Seksyen Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengerusi sebuah rancangan Felda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan memalsukan 15 cek milik koperasi peneroka Felda Selancar 3, Pahang bernilai RM34,450, lima tahun lalu.

Tertuduh, Saad Rajali, 66, membuat pengakuan itu sejurus semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, Saad yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Felda terbabit didakwa tidak jujut menggunakan cek milik Koperasi Peneroka Felda Selancar 3 Pahang Berhad atas nama lapan peneroka berlainan yang mana adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan di sebuab bank di Segamat dengan nilai RM600 sehingga RM5,000 bermula pada 27 September 2019 hingga Oktober 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukun dibawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raha, Rifah Izzati Abdul Mutalif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan RM14,000 sebagai jaminan terhadap tertuduh dan perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Segamat.

Mahkamah turut menetapkan 25 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI