fbpx

Batal kontrak, Sunny Deol tak pulangkan deposit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNNY DEOL

PENGARAH Suneel Darshan mendakwa Sunny Deol tidak mengembalikan duit deposit filem Janwaar meskipun bintang senior itu bertindak membatalkan kontrak.

Menurut sutradara terbabit, walaupun filem itu telah ditayangkan 24 tahun lalu, tindakan aktor tersebut sememangnya sukar diterima.

Apatah lagi bayaran itu agak banyak, selain produksi perlu membayar khidmat pelakon gantian iaitu Akshay Kumar.

Pada awalnya skrip Janwaar dihasilkan untuk Sunny, tetapi dia menarik diri pada saat akhir kerana tidak berpuas hati dengan jalan cerita.

Susulan insiden itu, Suneel mengakui hubungan mereka yang dahulunya akrab mula renggang bahkan lebih membuatkan dia naik darah apabila Sunny berdiam diri tanpa mengembalikan wang deposit kontrak lakonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI