fbpx

6 wanita terlibat video tidak senonoh ‘Hot Daddy’ didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Enam wanita dipercayai terlibat dengan kegiatan merakam aksi tidak senonoh bersama seorang lelaki tempatan dikenali ‘Hot Daddy’ dijangka didakwa esok.

Difahamkan, enam wanita berusia lingkungan 21 hingga 36 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini berhubung kes tersebut.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes ‘Hot Daddy’ yang menjalankan aktiviti merakam dan menjual video melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita melalui aplikasi media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd. Zain dilaporkan berkata, semua suspek diberkas minggu lalu menerusi fasa kedua Op Daddy.

Katanya, siasatan mendapati keenam-enam wanita itu melakukan hubungan seks secara sukarela dengan ada antara mereka melakukannya kerana bermotifkan keuntungan.

Jumaat lalu, lelaki tiga anak dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi seks itu dituduh di Mahkamah Sesyen, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI