fbpx

31,411 calon ambil peperiksaan SPM di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fauzi (tiga dari kiri) bertemu dengan calon peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Raja Perempuan, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Seramai 31,411 orang calon mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 bertulis di negeri Perak bermula hari ini sehingga 7 Mac depan.

Daripada jumlah itu, 27,873 calon adalah mereka di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Calon daripada sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Sekolah Perantis Tentera berjumlah 1,332, manakala sekolah menengah agama negeri seramai 83 calon.

Seramai 263 calon adalah daripada sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, 1,314 calon persendirian dan 546 lagi merupakan calon daripada sekolah menengah agama rakyat.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson berkata, semua pusat peperiksaan atau sekolah telah berusaha memastikan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

“Katanya lagi, di Perak juga terdapat seramai 119 calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) seperti masalah pembelajaran, kurang upaya pelbagai, pertuturan, fizikal, pendengaran dan penglihatan.

“Tambahnya, terdapat tujuh orang juga merupakan calon yang mengambil peperiksaan di hospital,” katanya kepada pemberita di sekolah SMK Raja Perempuan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI