fbpx

29,044 calon SPM di Kedah, lapan duduki di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon SPM membaca doa sebelum memasuki dewan peperiksaan SMK Ayer Hitam, Jerlun hari ini. Foto SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

JERLUN – Seramai 29,044 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah menduduki peperiksaan bertulis yang bermula hari ini hingga 7 Mac depan.

Pengarah Pendidikan Kedah, Ismail Othman berkata, jumlah tersebut membabitkan calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan, sekolah menengah agama negeri, sekolah swasta, sekolah persendirian dan sekolah menengah agama rakyat.

Katanya, terdapat 264 pusat peperiksaan di sekolah dan selain itu sebanyak 15 pusat turut disediakan di hospital seluruh Kedah.

“Setakat ini seramai lapan calon menduduki SPM di hospital membabitkan dua orang di Hospital Sultanah Bahiyah, empat orang di Hospital Sultan Abdul Halim serta masing-masing seorang di Hospital Metro Sungai Petani dan Hospital Pendang (seorang).

“Mereka ini ada yang kemalangan dan menghidap penyakit kronik berpanjangan menyebabkan calon terpaksa menduduki SPM di hospital berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pusat peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hitam, di sini hari ini.

Calon pada hari ini menduduki peperiksaan bagi kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 serta Pendidikan Seni Visual – Teori Seni.

Menurutnya, selain itu, terdapat calon berkeperluan pendidikan khas iaitu seramai 83 orang terdiri daripada pelbagai kategori termasuk masalah pembelajaran dan pendengaran.

Katanya lagi, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa di Alor Setar mencatatkan calon peperiksaan paling ramai iaitu seramai 373 orang sementara Sekolah Integriti Sungai Petani mempunyai calon paling sedikit iaitu tujuh orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI