fbpx

12,900 calon SPM duduki ujian bertulis di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon-calon SPM memasuki dewan peperiksaan untuk menduduki peperiksaan kertas Bahasa Melayu 1, hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

ALOR GAJAH – Seramai 12,900 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini menduduki peperiksaan bertulis bermula hari ini sehingga 7 Mac depan di 103 pusat peperiksaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah itu membabitkan calon-calon di 74 buah sekolah di seluruh Melaka.

Kata beliau, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan adalah yang paling ramai iaitu 11,128 orang manakala 667 calon adalah dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

“Sekolah agama negeri membabitkan 21 calon manakala calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan dan calon persendirian pula seramai 242 dan 842 pelajar. Empat calon terpaksa menduduki peperiksaan di hospital kerana masalah kesihatan.

“Calon berkeperluan khas membabitkan 65 calon iaitu empat kurang penglihatan (rabun), sembilan kurang pendengaran (pekak, bisu) dan 52 calon lain-lain kekurangan fizikal (autisme, kecacatan pelbagai),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat di sini, hari ini.

Tambah Rahmad, bagi calon yang positif Covid-19, mereka akan ditempatkan di bilik khas yang disediakan di setiap sekolah bagi tujuan pengasingan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI