fbpx

11,000 kes tribunal perumahan, strata selesai tahun lalu – Kor Ming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming pada sidang akhbar berhubung Pencapaian Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) Tahun 2023 di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Sebanyak 11,361 kes Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) berjaya diselesaikan sepanjang tahun lalu dan tertinggi direkodkan sejak ia ditubuhkan sejak 10 tahun lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, jumlah penyelesaian diputuskan TPPS tahun lepas merangkumi 1,331 kes di bawah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan 10,030 kes lagi iaitu Tribunal Pengurusan Strata (TPS).

“Pada tahun lepas, merupakan paling tinggi dalam sejarah TPPS sendiri kerana rekod sepanjang 2022 sebelum itu hanya 9,617 kes.

“Secara keseluruhan, pihak TPPS sudah menyelesaikan 99.87 peratus kes manakala baki 0.13 peratus lagi perlu dibawa untuk penyelesaian pada tahun ini pula,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI