PETALING JAYA – Enam buah rumah hangus dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, di sini, hari ini.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 10.18 pagi sebelum jentera dihantar ke tempat kejadian.
Ujarnya, seramai 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Jalan Tun Razak dan BPP Sentul digerakkan ke lokasi kejadian.
“Menurut Komander Operasi Kanan bertugas, Muhamad Hafidz Yaacob, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan enam buah rumah jenis separa kekal berkeluasan 8,800 kaki persegi, terbakar 100 peratus.
“Tindakan pemadaman menggunakan teknik offensive dan deffensive untuk mengawal kebakaran dari merebak ke rumah berhampiran.
“Kebakaran kemudiannya padam sepenuhnya pada pukul 11.09 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, tiada mangsa terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE