fbpx

Sindiket pelaburan palsu rokok kretek lumpuh di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu berjaya melumpuhkan sindiket pelaburan tidak wujud dengan menahan empat individu termasuk seorang wanita disyaki anggotanya pada kelmarin melibatkan kerugian keseluruhan lebih RM460,000.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu menawarkan kononnya pakej pelaburan antara RM300 hingga RM300,000 menerusi aplikasi Telegram.

“Modus operandi mereka memperdaya mangsa untuk melakukan pelaburan yang dijanjikan bakal memperolehi keuntungan kononnya antara tiga hingga enam peratus dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Pelaburan mangsa kononnya untuk perkembangan bisnes rokok kretek dan pembinaan,” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, bagi mengaburi mata mangsa, sindiket itu mendakwa memiliki syarikat kukuh yang memiliki aset RM3 bilion, tersenarai dalam Bursa Malaysia serta rangkaian perniagaan di Brunei dan Indonesia.

“Setakat ini 12 mangsa telah membuat laporan berhubung penipuan pelaburan tidak wujud berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI