fbpx

Pos tentera Amerika diserang, 3 askar maut, 30 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar diambil semasa lawatan Tentera Jordan memaparkan askar berkawal di sepanjang sempadan dengan Syria pada 17 Februari 2022. - AFP

AMMAN – Tiga askar terbunuh, manakala lebih 30 cedera apabila dron dipenuhi bahan letupan menyerang sebuah pangkalan Amerika Syarikat(AS) di timur laut Jordan dekat sempadan Syria. 

Saluran berita NBC News melaporkan, kematian tentera AS itu adalah yang selepas beberapa bulan melawan kumpulan militan disokong Iran sejak perang Palestin-Israel bermula.

Identiti tiga anggota tentera tersebut belum didedahkan sementara menunggu pengesahan waris.

Dron itu dilaporkan mengenai sebuah tempat perlindungan di mana beberapa askar AS sedang tidur. Sebilangan mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

Tidak jelas sama ada semua askar yang cedera adalah tentera AS atau termasuk anggota perkhidmatan lain.

Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan berkata, tentera itu dibunuh oleh kumpulan militan radikal disokong Iran yang beroperasi di Syria dan Iraq.

“Semalam tiga tentera AS terbunuh dan ramai lagi cedera selepas serangan dron ke atas pasukan kami yang ditempatkan di timur laut Jordan berhampiran Syria.

“Kami akan bertindak balas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI