fbpx

Peniaga kosmetik tertekan isu jawatan persatuan peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurhaida menunjukkan gambar arwah suaminya. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Peniaga kosmetik, Norhisyam Ismail, 43, yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan kira-kira dua minggu lalu mengalami tekanan perasaan yang melampau tiga hari sebelum kejadian.

Isteri mangsa, Nurhaida Zahari@Ghazali, 40, berkata, suaminya dilihat tidak senang duduk dan begitu tertekan apabila ada pihak yang cuba menjatuhkannya bagi jawatan pengerusi sebuah persatuan peniaga pasar malam.

Menurut wanita itu,, keadaan tersebut menyebabkan arwah suaminya memendam perasaan dan tidak menceritakan masalah kepada ahli keluarganya.

“Ada beberapa masalah yang arwah hadapi, namun dia enggan bercerita. Apa yang saya tahu, dia memang tertekan apabila ada yang cuba merampas jawatannya sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) September ini.

“Dia juga menghidap masalah jantung. Jadi, banyak masalah yang difikirkannya sehingga dilihat memudaratkan kesihatan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini hari ini.

Mayat yang ditemukan terdampar di pesisir Pantai Suri di sini petang semalam disahkan peniaga kosmetik yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong minggu lalu.

Mayat Norhisyam dijumpai kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia terjatuh.

Pengesahan itu dibuat oleh isteri mangsa selepas membuat pengecaman berdasarkan seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh Norhisyam sebelum kejadian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI