fbpx

Pasangan tersilap koyak skrin televisyen pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelsey menunjukkan kepingan skrin televisyen yang ditanggalkan oleh suaminya. - TikTok

MADRID – Sepasang suami isteri di Sepanyol secara tidak sengaja mengoyakkan skrin televisyen yang baru dibeli ketika cuba mengeluarkannya daripada kotak, lapor laman berita Unilad semalam.

Kelsey dan suaminya memutuskan untuk membeli sebuah televisyen pintar jenama Samsung selepas berpindah ke Sepanyol awal bulan ini.

Ketika cuba membuka kotak, Kelsey menyangka terdapat sekeping pelindung plastik dilekatkan di atas skrin televisyen yang perlu ditanggalkan seperti televisyen lain.

“Kami mula mengupasnya dan tidak menyedari bahawa ia adalah skrin sebenar,” katanya.

Ketika Kelsey menyedari kesilapan itu, suaminya sudah menarik separuh skrin itu dan televisyen tersebuk sudah rosak.

Mereka bernasib baik apabila syarikat Samsung menawarkan untuk menggantikan televisyen tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI