BEIJING – Seorang lelaki di China nekad menipu keluarga sendiri untuk mendapatkan wang sebanyak 300,000 yuan (RM199,346) selepas terjebak dalam skim piramid, lapor portal berita South China Morning Post.
Selepas hilang wang dalam skim itu, Zhang Meng berbohong kepada keluarganya bahawa dia mengalami kecederaan dan memerlukan wang tunai untuk membayar bil perubatan.
Meng berkata, testisnya pecah akibat terjatuh ketika menunggang basikal bersama teman wanitanya di sebuah taman.
Dia juga memalsukan laporan perubatan dan keputusan ujian ultrasound untuk meyakinkan keluarganya.
Mereka akhirnya terpedaya dan memasukkan sejumlah besar wang ke dalam akaun bank Meng.
Penipuan Meng terbongkar apabila keluarganya pergi ke hospital tempat dia menyatakan dirawat, namun nama Meng tiada dalam senarai pesakit.
“Dia berkata testisnya pecah dan kami memberinya wang. Dia mendakwa dimasukkan ke hospital namun namanya tidak dalam rekod pesakit,” kata bapa Meng kepada stesen televisyen Henan. – AGENSI