fbpx

Lelaki buka pintu kecemasan, berjalan atas sayap pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerbangan pesawat Aeromexico sebelum itu ditunda selama tiga jam. – Getty Images

BANDAR RAYA MEXICO – Seorang penumpang ditahan di Mexico kerana membuka pintu kecemasan  dan berjalan di atas sayap sebuah pesawat, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico, Khamis lalu sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan).

Dalam kejadian itu, pesawat milik syarikat penerbangan Aeromexico dijadualkan berlepas dari Bandar Raya Mexico, namun ditunda disebabkan masalah penyelenggaraan.

Lelaki tersebut dikatakan bertindak demikian selepas penumpang pesawat yang dijadualkan  menuju ke Bandar Guatemala itu terkandas selama tiga jam di landasan tanpa pendingin hawa atau minuman.

Tindakan lelaki itu mendapat sokongan penumpang-penumpang lain yang berkata, dia telah menyelamatkan nyawa mereka.

“Semua penumpang penerbangan dari Bandar Raya Mexico ke Guatemala (penerbangan) AM 0672 menegaskan bahawa individu tersebut membuka pintu kecemasan untuk perlindungan semua orang dan mendapat sokongan semua orang. 

“Ia berlaku disebabkan kelewatan (penerbangan) yang membuatkan udara semakin berkurang serta mencetuskan keadaan bahaya kepada penumpang.

“Dia telah menyelamatkan nyawa kami,” kata penumpang-penumpang pesawat berkenaan dalam satu nota tulisan tangan yang disertakan nama dan tanda tangan mereka. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI