fbpx

Kerapu gergasi 272kg ‘tumpas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hirst dan Thomas memegang ikan kerapu goliath yang ditangkap di pantai Port Douglas. - Instagram

PORT DOUGLAS, QUEENSLAND – Dua pelancong Britain berjaya menaikkan seekor ikan kerapu goliath seberat 272 kilogram (kg) di Australia, lapor akhbar The Sun semalam.

Ed Hirst, 25, dan Harry Thomas, 27, menangkap ikan gergasi itu di pantai Port Douglas, negeri Queensland selepas bertarung selama 30 minit, baru-baru ini.

Mereka  mengikat tali di sekeliling badan ikan itu sebelum mengheretnya ke pantai.

Kerapu Goliath ialah spesies yang dilindungi di Queensland, jadi dua lelaki itu memutuskan untuk melepaskannya semula ke dalam air selepas merakam hasil tangkapan mereka.

“Ia sangat besar, saya fikir ia buaya air masin. Selepas ekornya memukul air, kami sedar ia ikan kerapu goliath,” kata Hirst kepada The Sun.

Dua lelaki itu tidak dapat menimbang ikan tersebut, namun selepas menunjukkan gambarnya kepada beberapa orang di kedai peralatan, ia dianggarkan seberat 272kg. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI