fbpx

‘Kalau sudah disuruh buat, kita buatlah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (kanan) pada sesi dialog selepas merasmikan Majlis pelancaran TVET Kemahiran Digital dan Dialog Hala Tuju Institusi Pengajian Tinggi di Cheras, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – “Kalau sudah disuruh buat, kita buatlah. Apa pun kita tunggu arahan Datuk Seri Anwar.”

Demikian respons Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan kakitangan awam termasuk wakil rakyat dan menteri Kabinet memilih satu pencen sekiranya mendapat banyak kemudahan itu.

Menurut Anwar, ia dilihat sebagai memenuhi tanggungjawab moral

Mengulas lanjut, Zambry berkata, beliau bersedia untuk memilih hanya satu skim pencen, sekiranya arahan mengenai perkara itu dimuktamadkan oleh Anwar kelak.

“Kita berkhidmat dalam semua kapasiti dan perlu membuat pertimbangan berdasarkan semua perkara berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Kemahiran Digital TVET di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun, enggan memaklumkan skim pencen yang akan menjadi pilihannya, sekiranya arahan sedemikian diputuskan.

Zambry sebelum ini memegang jawatan Menteri Besar Perak selama sembilan tahun bermula Mei 2009 hingga Mei 2018, selain pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor (Mac 2004 hingga Oktober 2022) serta menjadi Pengerusi Malaysia Airport Holdings Berhad (Ogos 2020 hingga Disember 2022). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI