KLANG – Pegawai penyiasat (IO) diberikan amaran agar tidak mengabaikan atau membuang masa pengadu atau saksi seperti mereka tidak mempunyai pekerjaan lain.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, tindakan sebegitu hanya membuatkan hubungan antara polis dan masyarakat akan regang.
Katanya, kesan tersebut dirasai terutama kepada mereka yang makan gaji hari akan hilang pendapatan.
“Ini saya cakap betul, saya marah. Suruh datang pukul 8 pagi, kau (IO) pun tidak datang kerja lagi. Datang pukul 8 pagi pergi mahkamah, kau habis pukul 12 kemudian pergi post mortem dan balik pukul 4 lebih dan kata tidak perlu datang.
“That it’s on my side, the weakness it my side. Which I hope OCPD( Ketua Polis Daerah) dan Ketua Jabatan boleh ratifikasinya. Ini disebabkan orang yang datang itu bukan hendak barang yang kena curi dan kena ragut.
“Tetapi mereka datang sebab patuh pada proses. Hal-hal sebegini yang membuatkan hubungan (antara polis dan penguatkuasa) sedikit terkesan,” katanya pada sesi TownHall hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Shuhaily bagaimanapun menjelaskan, beliau lebih bimbang sekiranya pegawai penyiasat tidak memanggil mana-mana individu untuk memberikan keterangan.
“Kalau tidak panggil beri keterangan itu saya bimbang. Sekiranya panggil berikan keterangan, mereka masih lagi membuka kertas siasatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.