fbpx

Digelar ‘bimbo’, Ayda Jebat berlapang dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA JEBAT

PETALING JAYA – Selebriti yang berhijrah memakai tudung, artis lain pula yang mendapat kecaman.

Sepertinya itu yang berlaku pada aktres Ayda Jebat apabila dirinya digelar ‘bimbo’ (artis kurang bijak) dan tidak layak dipopularkan kerana tiada bakat sebagai anak seni.

Sedar namanya menjadi sebutan netizen, Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, 32, menyelar kembali individu yang melabelnya sebagai bimbo dengan memberitahu setiap rezeki yang dimilikinya sudah diatur oleh Allah SWT.

“Bimbo? Tidak baik cakap orang begitu.

“Jaga diri dan keluarga. Esok atau lusa tidak tahu apa akan terjadi. Allah sudah tentukan rezeki masing-masing,” katanya dalam aplikasi X.

TANGKAP layar muat naik status Ayda Jebat dalam aplikasi X selepas digelar sebagai artis ‘bimbo’ oleh seorang pengguna platform tersebut.

Dia yang popular menerusi lagu Pencuri Hati itu berkata demikian selepas seorang individu mempertikai sikap segelintir rakyat Malaysia suka mempopularkan artis yang tidak mempunyai bakat tetapi dipilih kerana memiliki fizikal luaran cantik seperti Ayda.

Pendapat tersebut mula tercetus selepas tular video penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz mendendangkan lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahnya nyanyian Uji Rashid.

Individu yang memuat naik perkongsian tersebut turut kecewa dan mempertikai mengapa Aisyah masih berusaha keras dan tidak diberi peluang menempatkan dirinya dalam kalangan penyanyi hebat lain.

Perkongsian tersebut seterusnya meraih perhatian ramai dan rata-rata berpendapat Aisyah layak berada bersama seperti penyanyi hebat lain kerana memiliki suara yabg hebat.- KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI