fbpx

Buaya jantan 400kg masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya yang berjaya ditangkap di Sungai Pati, Kampung Rimba Padi pada awal pagi tadi.

KOTA SAMARAHAN – Seekor buaya seberat 400 kilogram yang menjadi ancaman kepada penduduk Kampung Rimba Padi, di sini berjaya ditangkap hari ini.

Ia apabila buaya jantan sepanjang 15 kaki itu memakan kail yang dipasang oleh Pasukan SWAT, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Sungai Pati, Kampung Rimba Padi pada awal pagi tadi.

“Buaya itu telah diserah kepada pemilik lesen jual beli buaya yang masih sah,” kata jurucakap SFC yang dihubungi, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata Pasukan SWAT SFC memasang dua kail buaya di Sungai Pati pada 28 Januari lalu, selepas menerima aduan daripada penduduk Kampung Rimba Padi mengenai kehadiran buaya itu pada 9 Januari lalu.

Malah, katanya satu video menunjukkan beberapa penduduk cuba memprovokasi buaya berkenaan dari atas jambatan menggunakan pancing, menyebabkan buaya itu melompat ke permukaan air bagi menerkam pancing tersebut.

Justeru, beliau berkata Ketua Kampung Rimba Padi, Muatafa Reli menggesa SFC untuk memindahkan buaya berkenaan secepat mungkin.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak cuba memberi makan atau memprovokasi buaya bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI