SEJAK akhir-akhir ini, media sosial Diva memang dibanjiri dengan kegilaan orang ramai terhadap kek tapak kuda. Tak tahulah dari mana punca makanan tersebut tiba-tiba menjadi viral.
Yang syoknya, pelakon Uyaina Arshad pula tiba-tiba luah rasa lega sebab masih belum ada selera hendak mencuba pencuci mulut yang hangat diperkatakan itu.
“Nasib baik tak teringin nak makan kek tapak kuda ke, tapak gajah atau tapak alien sekali pun.
“Semoga sampai bila-bila tak teringin, takut diabetes!” katanya dalam aplikasi X.
Namun, Uyaina sempat juga menegaskan perkara tersebut terpulang kepada mana-mana individu dan tiada paksaan mahupun niat untuk menyindir pihak lain.
“Kalau anda suka dan teringin, makanlah, saya hanya bercakap bagi diri sendiri sahaja.
“Memanglah bukan makan hari ini tetapi esok terus dapat diabetes. Eh! Suka hatilah saya nak makan atau tidak, mengapa kena jelaskan pula.
“Cuma sekarang rasa tak mahu makan,” ujarnya.
Diva pun rasa isu makanan manis atau penyakit, terpulang kepada individu. Kalau rasa hendak makan, bolehlah cuba cuma janganlah makan sampai tidak ingat dunia ya.
DIVA: Lucu tengok kesungguhan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel yang hendak beli kek tapak kuda daripada seorang ustaz. Selalu ‘sold out’ katanya!